Setiap yang mengorak langkah pasti mempunyai gaya hidup

Setiap manusia tidak lari dari mempunyai gaya hidup
sendiri. Hal ini demikian kerana, setiap manusia itu dibesarkan dalam senario
yang berbeza. Lihat sahaja disekeliling anda sudah pasti setiap tubuh yang
mengorak langkah pasti mempunyai gaya hidup yang tersendiri. Sejak azali
manusia mempunyai kuasa dan pilihan untuk memilih gaya hidup mereka, ada
diantara mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat ada juga yang tidak.
Persoalannya, perlukah setiap seorang daripada kita mengamalkan gaya hidup
sihat?

Gaya hidup sihat merupakan tonggak utama kepada
kesejahteraan kehidupan seseorang. Insan yang sihat merupakan pemacu kepada
pembanggunan negara, masyarakat serta agama. Pembentukan insan yag seimbang
dari segi intelek dan rohani juga menjadikan gaya hidup yang sihat sebagai kayu
pengukur kepada aspirasi tersebut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mendefinasikan gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial
yang sihat dan cergas serta bebas dari sebarang penyakit. Berlandaskan keadaan
sosial masyarakat , definasi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat
ditunjangi faktor mental dan fizikal yang sihat berfungsi serta tidak diancam
dari sebarang penyakit. 

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Ungkapan ‘mencegah lebih
baik dari merawat’ sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat Malaysia
khususnya, namun sejauh manakah ungkapan itu menjadi suatu praktikal oleh
rakyat Malaysia? Pihak kerajaan Malaysia yang amat prihatin serta memandang
sirius tentang isu gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia ini yang
menganggap setiap penyakit mempunyai penawarnya telah mengadakan beberapa
langkah bagi memastikan masyarakat majmuk di negara merdeka ini mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Antaranya kempen anti merokok

‘Tak Nak’ yang telah
dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada
Februari 2009. Kempen itu memberi tumpuan terhadap faktor yang mempunyai kaitan
dengan tingkah laku perokok. Kempen ini berjaya meningkatkan kesedaran orang
ramai mengenai bahaya merokok. Antara usaha dan program yang dilakukan
kementerian termasuklah . Pelancaran hotline (03-88894876) bagi perokok
mendapat nasihat untuk menghentikan tabiat buruk mereka itu. Selain itu, jumlah
Klinik Berhenti Merokok kerajaan pula telah ditambah daripada 167 pada 2009
kepada lebih 200 pada tahun 2010. Di samping itu, 280 kakitangan Kementerian
telah dilatih bagi membuat penilaian, memberi kaunseling dan merawat perokok
yang ingin meninggalkan tabiat itu. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
pengamalan gaya hidup sihat dapat membawa kesejahteraan kepada individu jika
diamalkan dengan betul dan konsisten. Secara total, kerajaan Malaysia dengan
kerjasama pihak-pihak NGO telah melaksanakan pelbagai kempen bagi memastikan
rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat agar kemakmuran sejagat dapat
dicapai, dan situasi ini jelas menerangkan bahawa setiap kesedaran bermula dari
lubuk hati seseorang individu untuk mengamalkan gaya hidup sihat. 

Pepatah Inggeris ada mengatakan, ‘anda adalah apa yang
anda makan’. Gaya hidup sihat tidak hanya tertumpu kepada senaman mahupun
kempen-kempen yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Pengambilan makanan yang
sihat dan seimbang juga merupakan kayu pengukur kepada gaya hidup seseorang
individu. Cara pemakanan yang sihat adalah amat penting bagi membekalkan
nutrient di dalam badan manusia. ‘Garis penduan pemakanan Malaysia 1999,
mencadangkan tiga pertimbangan yang penting apabila merancang pemakanan yang
sihat iaitu, makan makanan yang seimbang , makan secara sederhana dan makan
pelbagai jenis makanan’ (Majalah generasi pengguna edisi November 2011, muka
surat 9 ). Makanan Malaysia sememangnya menjadi tumpuan kepada para pelancong
yang berkunjung ke Malaysia seperti nasi lemak, nasi kerabu dan aneka pilihan
kuihmuih tradisional dan moden. Rakyat Malaysia seharusnya peka dengan kandungan
yang terdapat di dalam pemaknan seharian mereka. Hal ini demikian kerana, sikap
acuh tak acuh rakyat Malaysia tentang pemakanan mereka ini telah menjadikan
negara kita kepada penyumbang pesakit obesity yang tertinggi di Asia.
Pendidikan yang awal serta galakan kepada anak-anak muda tentang kepentingan
mengamalkan pemkanan yang sihat ini tidak seharunya dibebankan kepada pihak
sekolah sahaja malahan ibu bapalah yang bertanggungjawab menajdi suri teladan
kepada mereka sejak dari kecil untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Setiap
pendidikan seharusnya bermula dari rumah dan galakan dalam mengamalkan gaya
hidup yang sihat dalan konteks mengamalkan gaya hidup yang sihat ini dalam
kalangan belia Malaysia harus bermula dari peringkat akar umbi lagi. Tuntasnya
, gaya hidup yang sihat juga merangkumi aspek pemakanan yang sihat dan harus
diberi kesedaran yang awal kepada masyarakat sejak awal lagi agar pelbagai isu
mendatang dapat ditangani secara total. 

Dalam meniti arus kemodenan yang kian rancak membangun
sejajar dengan ekonomi negara, kemudahan tempat beriadah seperti gimnasium kian
mendapat tempat di hati rakyat Malaysia malahan kewujudan ia juga seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Jika ditelusuri dari aspek ‘go green’ yang
sedang diamalkan oleh banyak negara-negara maju zaman kini, satu pujian harus
diberikan kepada sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang telah
memperkenalkan sebuah alatan ‘go green’ yang bole digunakan di dalam gimnasium
mahupun di rumah, alatan yang dimaksudkan ialah ‘The Green Mirocycle’ di mana
fungsi peralatan ini membantu pengguna untuk mengamalkan gaya hidup sihat di
samping setiap kayuhan yang dilakukan oleh para pengguna basikal tersebut mampu
menjana kuasa elektrik di rumah mereka. Kemudahan alatan ini persis kata pepatah,
sambil menyelam minum air kerana dwi-fungsinya yang memberi manfaat kepada
individu serta meningkatkan kesedaran mereka mengenai alam sekitar dan
pengamalan gaya hidup sihat. Selain itu, kreativiti rakyat negara matahri
terbit, Jepun telah membawa satu inovasi yang baru di dalam dunia ‘go green’
apabila telah berjaya mencipta sebuah mesin senaman yang mampu membasuh pakaian
apabila pengguna menggunakan mesin tersebut, ilham daripada penciptaan tersebut
telah menjimatkan kos penggunaan air serta melatih individu untuk mengamalkan
gaya hidup sihat apabila para pengguna harus berlari di atas mesin tersebut
bagi memastikan ia bergerak. Sebagai penutup, gaya hidup sihat bukan sahaja
boleh menyihatkan tubuh badan, malahan inovasi dalam teknologi hijau mampu memberi
penjimatan dalam masa yang sama kesedaran kepada individu tentang bertapa
pentingnya keselarian pembanggunan teknologi hijau dan pengamalan gaya hidup
sihat. 

Akhirulkalam, pengamalan gaya hidup sihat mampu
melahirkan masyarakat yang seimbang dari pelbagai aspek khususnya di kalangan
belia rakyat Malaysia kerana mereka merupakan tunjang uatama kepada kepimpinan
negara pada masa yang akan datang, persis kata bijak pandai ‘ pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara’. Isu gaya hidup sihat yang serng mendapat
perhatian di corong-corong radio dan dada-dada akhbar ini patut diberi fokus
yang sirius dan tidak seharunya diambil kisah oleh sebelah pihak sahaja,
individu juga harus memainkan peranan yang utuh dalam memastikan isu ini tidak
lagi menjadi bualan yang hangat pada masa akan datang.  

x

Hi!
I'm Simon!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out