KESAN etnik juga akan memberikan impak negatif dari

KESAN
KONFLIK ETNIK, PREJUDIS DAN DISKRIMINASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI
ETNIK

 

Konflik etnik, prejudis dan diskriminasi
dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik akan memberikan impak yang negatif
dari aspek sosial, ekonomi dan integriti serta imej sesebuah negara.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Kesan
Dari Aspek Sosial

 

Menurut Mohd Faris Dziauddin, Nasir
Nayan & Kamarul Ismail (2016 : 13), dasar ‘pecah dan perintah’ yang
diamalkan oleh pihak British menyebabkan segregasi kaum mengikut kawasan dan
kegiatan ekonomi. Misalnya, orang-orang Cina bertumpu di kawasan bandar dan
terlibat dalam sektor perniagaan, perdagangan dan perlombongan bijih timah
manakala orang-orang India dan Melayu masing-masing tinggal di kawasan ladang
dan kampung, dan terlibat dalam kegiatan penanaman getah dan pertanian sara
diriIni bagi mengurangkan interaksi antara etnik dan bagi memudahkan pihak
British untuk mengawal etnik-etnik ini. Shamsul Amri Baharuddin (2012 : 16)
menyatakan bahawa implikasi daripada amalan dasar ‘pecah dan perintah’ ini
masih boleh dilihat sehingga ke hari ini apabila kebanyakan media massa sering
membawa laporan kewujudan polarisasi etnik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
di Malaysia dengan menyatakan bahawa mahasiswa tidak berminat untuk berkongsi
dengan etnik lain seperti tinggal sebilik, makan bersama, belajar bersama,
bergaul bersama dalam kegiatan lain di kampus. Ini akan menyebabkan timbulnya
jarak sosial antara etnik kerana kurang interaksi antara satu sama lain. Sikap
prejudis dan prasangka buruk terhadap etnik lain akan semakin menebal kerana keengganan
anggota sesebuah etnik untuk membuka ruang sosial kepada etnik lain dan
kecenderungan untuk mengekalkan identiti etnik masing-masing. Jika sikap
prejudis dan prasangka ini tidak dibendung, ia boleh membawa kepada berulangnya
peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan 
seterusnya akan mengancam keharmonian serta kestabilan struktur sosial
dalam Malaysia.

 

 

Kesan
Dari Aspek Ekonomi

 

Konflik etnik juga akan memberikan impak
negatif dari aspek ekonomi. Justeru, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai
usaha bagi merapatkan jurang pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar,
dan juga di antara etnik yang ada melalui peningkatan kemahiran, program
penyusunan semula, menggalakkan peluang pekerjaan sama rata dan mewujudkan
usahawan yang berdaya saing dalam kalangan generasi baru. Pertumbuhan ekonomi
yang baik dapat memberikan kualiti kehidupan yang stabil kepada masyarakat
(Fatimi Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman & Arbaiyah Mohd Nor, 2016 : 7).
Namun, perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan menyebabkan sesebuah etnik telah mendominasi
dalam bidang-bidang tertentu sama ada dari segi politik, perniagaan dan
sebagainya. Akibatnya,  jurang yang luas
dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan antara etnik
sukar diatasi. Tiap-tiap etnik masing-masing cuba untuk  mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih
besar daripada pertumbuhan dan peluang ekonomi yang ditawarkan dalam dan luar
negara.

 

Selain daripada pemandangan yang indah,
suasana negara yang aman dan harmoni juga merupakan salah satu daya tarikan
untuk menarik pelancong datang melawat. Namun, apabila terdapat konflik etnik
yang berlaku, ia akan menyebabkan suasana negara menjadi kacau bilau dan tidak
selamat untuk dilawati oleh para pelancong. Hal ini akan menyebabkan kerugian
kepada para pengusaha pusat pelancongan dan menjejaskan jumlah pendapatan negara.
Pelabur asing juga terpaksa menarik balik jumlah pelaburan mereka di Malaysia
kerana bimbang akan mengalami kerugian di atas ketidakstabilan negara.

 

Kesan
Dari Aspek Imej Negara

 

Kestabilan struktur sosial, ekonomi  dan politik menunjukkan kewibawaan kepimpinan
sesebuah negara.  Konflik etnik yang
tidak dapat ditangani dengan segera dan bijak menyebabkan negara tersebut akan
dipandang enteng oleh negara luar. Ia akan dianggap sebagai sebuah negara yang
lemah dan berisiko tinggi untuk dijajah.